Permohonan kemasukan murid tahun satu (1) 2019/2020

Tahun ni dah start register online, untuk kemasukan anak yg sulung ke darjah 1 akan dtg..
dua tahun awal register..!
ibubapa sekarang mmg perlu cepat dan pantas.. xleh nak tido n layan saja..btl x???
so sesiapa yang berkenaan, boleh la register online bermula 1 mac 2018...
maklumat terperinci saya copy kan untuk pembaca seperti dibawah...

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020

Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 adalah seperti berikut:
  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
    • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.
    • Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
    • Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
  1. Permohonan secara manual melalui sekolah.
_____________________________________
Permohonan secara dalam talian
  • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
  • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
  • Layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian
  • Borang yang lengkap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada sekolah yang dipohon beserta dengan senarai semak yang dinyatakan di dalam borang permohonan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan
Permohonan secara manual
  • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018
  • Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon
  • Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan
  • Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search terms:

Comments

Popular posts from this blog

siapa pernah dengar pasal BUSY BOARD tuk baby????