Pelaksanaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Bagi Tahun 2016 Posted on 07 March 2016 Sukacita dimaklumkan bahawa bahawa Bahagian Kanak -Kanak telah mengedarkan Garis Panduan Pelaksanaan Subsidi Tahun 2016 dan Borang Permohonan ke semua Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Tahun 2016 Di buka mulai : 7 Mac 2016 Tarikh Tutup Permohonan : 5 Mei 2016 Pemohonan bagi tahun 2016, boleh dikemukakan oleh Pengusaha TASKA Institusi dan TASKA Di Rumah dengan menggunakan Borang Permohonan Subsidi Yuran TASKA (YP1/2016) beserta Garis Panduan Pelaksanaan Subsidi Tahun 2016 yang diedarkan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di semua negeri. Borang Permohonan Subsidi Yuran TASKA (YP1/2016) beserta Garis Panduan Pelaksanaan Subsidi Tahun 2016 boleh didapati di semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah masing-masing. Sekian, terima kasih. LINK ( http://www.jkm.gov.my/announcement_details.php?nid